28 December 2011

sabar lahh uOlls :)

assalamualaikum ..
hari ni , aku come again ! hye hye :D #ahaks
lieya now ada dekat rumah kak dik lieya dekat jelatek :)
semalam memang sakan gilee lhaa shopin at masjid jamek .. fuyooo . letihh , 
orang ramai , SABOR jelaaa ~ 
ok ok , aku bukan nak cerito pasai aku pergi jalan-2 #no no no
aku hari ni nak bagi dua doa supaya kite sentiasa menjadi orang yang bersabar :)
so , this doa also for myself , and i just like want to share with u ollss :)
renung-2 kn sampai termenung .#ikhwanpnyatrademark.haha




رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
 
(Al-Baqarah : 250)

 
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)

 

16 December 2011

Tak paya jiwa kacau sangat lhaa .. hishh

assalamualaikum ..
pagi pagi ni lia bukan nak mengutuk , nak marah , atau nak buat sesape terase ke ,
sikit pon tak terniat okay , just tetiba nak tulis entry ni :)
so , nak mintak maaf dulu kalau ada sesapa terasa dengan entry ni ..
aku bukan ape , selalu sangat bukak fb asal dekat home ada yg post status deme yg agak jiwa kacau ~ 
aku takkan bt mcm tu sebab aku jarang update stts fb , #taraktawmautulisapa
bosan bukak home fb sebab status friends fb aku byk yg tak hape hape . haiyaa ~
-
-
from the tittle ni , aku nak saran kan lahh , pada yang masih remaja 
macam aku ni , better jangan nak jiwa kacau sgt..
even uOlls bercintan cantun pon , jgn terlalu jiwa kacau okay ,
just chill n relex , kalau yang suka nages macam aku ,#haha
nages puas puas lepas tu tidoo , bgn tidoo je pegi mandy lepas tu ambil wuduk 
( insyallah uOlls akan rasa tenang ) 
try laaa buat cara aku tuu . hee .,
if uOlls ade problem n disebabkan problem tu uOlls jd jiwa kacau payah lhaa kan ,
bila nak selesai problem  pon payah , so need to calm down n fikir how to solve problem uOlls :)
so , jangan jiwa kacau sangat , nanti fokus uOlls pada STUDY bole terganggu ..
time study buat cara study , time nak solve problem tu solve problem tu dulu #pahamkan :)
kalau rasa nak solve problem dulu pon boleh janji jangan terlau jiwa kacau sgt .
PERCAYALAH ALLAH SELALU BERSAMA HAMBANYA .
mohon pada Allah agar hati sentiasa tenang dalam selesaikn sesuatu perkara :)
sebab ape taw aku cakap mcm tu , sebab aku pon ada problem , aku selalu bg semangat
 kat diri sendiri supaya kuat semangat n jgn jiwa kacau ..dan mohon pada Allah .
aku cakap macam ni sebab penah  merasainya ... bukan saja saja nak cakap :)

so , percayalah setiap problem ada jalan selesai nya , cuma kita tak cari je kan ,
apa apa pun , solat jangan tinggal , sentiasa beusaha dan berdoa pada Allah
 wassalam ^^

14 December 2011

4 subject yg mengancam ? mengancam ke ? hehe

assalamualaikum .
yeah . entry kali ni nak mintak opinion dari uOllss semua .
bole bole bole takkkkk ? heee #btmukasimpatini#
okay , kepada sesiapa yang ex student sains tulen or yang penah belaja subject yang akan ku senaraikan ni 
bole lhaa share share sikit mengancam ke taak subject ni . hehe 
antaranya : 
CHEMISTRY , BIOLOGY , PHYSICS , ADD MATHS
subject-2 ni laa yang aku kata mengancam . hehe . 
tapi aku akan pilih subject yg aku suke dulu , yg paling mengancam pilihan last aku ! 

bagi aku lhaa , the most subject yang aku minat dari empatt-2 ni is CHEMISTRY
nak taw sebab ape , aku sukaa lhaa subject ni , aku suka dengan setiap chapter yang aku belaja dalam chemistry n bercita cita nak ambil bidang kimia bila dapat melanjut kan pelajaran dekat U 
yes memang betol subject ni susah n mengancam otak #haha , actly , jadi mengancam sebab tak study , rite ?
aku suka dengan senarai senarai nama compound nya . dan berbagailagi lhaaa kan . hanya 
yang minat chemistry akan taw mcam mana aku minat . even aku tak pena dapat A untuk chemstry , aku tatap nak bg dapat A . wlpon selalu dapat gred C . hehe #kantoi . tp usaha tangga kejayaan :)

seterusnya , pilihan kedua aku ADD MATHS , actly , subject ni laa ramai orang pecah otak . haha
untuk aku , memang susa pon . tapi aku suka subject kira kira dari membaca . haha . tah sejak bile tah ..
dulu suka membaca , skarang bertuka mood suka mengira . hehe . paling menyedihkan , time exam. rasa nak nages bile buat exam add maths , tak cukop masa , tu memang mengancam aku !!! bole tak buat 4 jam utk exam :) haha 

BIOLOGY , awal tahun aku memang gila bio , tapi now berubah bhaii , chemistry jadi penambat hati aku.
bio ni chap mula mula aku suka . ehehe . banyak kena baca ! . kau ada? hehe
tak nak komen banyak banyak pasal bio , membe membe aku taw mcm mana aku tiba tiba 
kurang minat pada bio :) hee

subject yang tak penah aku dapat gred C < B apatah lagi A . PHYSICS  
 hee . yeah . subject ni betul betul buat otak aku mengancam dan terancam . HAHA sengal liaa nie
aku ni lambat pick up bila study n belaja fizik . slow akuu time subject ni .. hee . da macam-2 latihan 
buku , formula aku study . but still same ... tak pe laa . lia takkan putus asa . i will try my best !

bg liaa lha kan , tak kesa subject tu susa or what , sebab mana ade semue bende kite buat tu senang kan,
terpulang pade diri sendiri okay , yg lia taw lia nak more focus next yeeaa utk SPM lia :)
pray 2 Allah always is important , jangan tinggal amal ibadat kita kan :)
! apa mcam uOllss sangup ke baca panjang lebar ni . hehe . 
just nak opinion korang masa korang belaja subject-2 ni , kalau ade tips belaja share jugak k  .
sudi kan lhaa bg opinion uOlss ..
wassalam ^^

13 November 2011

mission mencari nota form 5 !

assalamualaikum ..
hari ni mission lieya MENCARI NOTA NOTA form 5 next year
yang dapat lieya download tak banyak
sebabb internet dah sloww tahap ghaban ~
yang ni memang aku geram sikt lhaa ,
sedap sedap dok donload  ...
hah amek kaw ! internet tak ada . sakit hati kan .

so pada candidate SPM tahun hadapan (2012)
get prepair awal awal . hee

ni yang lieya dapat bagi kat korang ^^

NOTA PENDIDIKAN ISLAM
http://www.anuar2u.com/nota_lengkap_ting5.htm



NOTA SEJARAH




hee . baru dua ni dapat lieya copy paste . bayangkan beb
internet perh tahap slow dahsyat arrr ~ 
really sory sebab tak dapat share banyak link ~
ni yang lieya rasa link yang memang terbaikkk :)

stop here . nak solat maghrib wey ! 
wasalam ^^

09 November 2011

Unexpected ...

assalamualaikum ...
why dengan tajuk kau lieya ?
nie cerita  malam raya aidiladha ..
malam tu ANGAH n family n ALANG aku n family nya ..
baru sampai rumaa ...
memang kecoo woo dengan suara anak anak buah aku . hee 
macam biasa lahh . abang abang aku balik jer , compom perot lapor .. so makan dulu ,. heehe
_
_
and ....
satu UNEXPECTED Situation berlaku ...
_
pangggg ........ ( bunyi something ... ) ???
botol sunkist terlepas dari  tangan aku ... ( itu lahh bunyi tadi ) ..
okay . darah penuh dekat keliling jari kelingking aku ..
memang penuhhh . kaca mase tuu bersepah ... kaki aku tangan aku kene kaca .
kaki banyak calar kene kesan serpihan kaca ..
jari kelingking aku tuhh terbukak luas sebab kene kaca , thats why lahh darah penuhh satu jari aku tuu ...
situation ni berlaku masa tu aku tengah buat air OREN utk abg aku ..
entah ,mcam mana bole terlepas dri tangan aku .. ( tgn aku licin n terlps )

benda mcam ni berlaku dengan pantas ... fuhhh ...
masa dengan bunyi tuhh abang2 aku dikatekan overall family aku  bergegas ke dapur ..
situasi : PANIK 
masa tu aku jadi kaku sebab terkejut ...
_
secara pantas ABANG2 aku tolong ..
ALANG aku bergegas bawak aku pergi klinik sebab darah kat jari tu mengalir keluar 
tanpa henti .. sebab luka dia luas ..
_
_
DEKAT KLINIK ..
hehe . gelak kejap masa taip ni . 
masok masok jer doc tu chek chek dulu kot ada serpihan kaca dekat jari n kaki aku ..
masa dekat klinik tu pon darah still tak berenti ..
doc say : kene jahit ::::
muke aku : hah ! terkejut beb ...
so berjahit lhaa jari aku ....
until skarang aku nak buat apa keje susa sikit ..
buat apa kerja pakai satu tangan jer ..
sebab jari yang kene jahit tu tak bole kene air
......
_
_
khamis nie pergi klinik balik untuk check jahitan tu .. wu wu wu . 
so . lepas ni aku kena berhati hati lhaa kan ... hee

P/s : Jgn cuai . buat kerja baca bismiilahhh :)

wasalam ^^

01 April 2011

FaKTa ApriL Fool ...

 Hah , hari nieh dah start dah bulan april , so aku search aku copy paste tentang budaya n fakta ape itu april fool . renungkan2..aku dah bace artikel kat bawah nie ... macam2 care org kafir nak memperdayakan umat islam... harap orang kafir nie akan diberi balasan yg setimpalnya.... wallahuallam ...

copy from http://www.ustaznoramin.com/

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.