Mentaliti Tak Berkembang


assalamualaikum


Sumber : google search doodle people image ( click image )


sorry to say if entry yaya ni mendatangkan rasa sakit hati . but yaaa , i need to speak out .

tolong la jangan sempit sangat otak tu, dan tolong la jangan banding orang yang tak masuk U ni yang tak ada diploma degree ni as orang yang ketinggalan .

Hello there, sorry to say la, ramai je yang berjaya even dia kelulusan spm,pmr,upsr,srp dan yang tak ada kelulusan. ramai je yang berjaya, PUCUK PANGKAL usaha, rajin dan jangan malas.

Tengok saja Dato Aliff syukri, dari segi usaha dia kita boleh ambil contoh, ambil contoh yang baik2 je kita ikut. Dato Aliff pelajaran tak tinggi pun tapi sebab dia rajin, usaha, tak malas, tak putus asa. itu point yang kita patut contohi.

Kalau kau malas kau nak tunggu rezeki gedebuk gedebik jatuh depan mata kau, silakan. Rasanya tak kan. melainkan korang ni suka join peraduan gores dan menang , ada luck ada la menang.

Tapi takkan nak macam tu kan, kalau someone tu dia ada otak boleh fikir, dia takkan duduk diam untuk push diri dia cari duit dan berjaya. Kalau usaha, rajin dan tak malas. Percayalah Allah bagi rezeki yang tak disangka sangka. dan yang penting sebagai seorang muslim , bila kau dah ada usaha, rajin dan tak malas, kau jangan sesekali lupa sujud pada Allah . Kau beragama islam , patuh perintah Allah, percayalah Allah lagi gandakan rezeki kau :)

Ramai sangat yang berjaya even dia bukan yang ada diploma,degree,phd, dan sebagainya.

Benda yang sama juga, if someone tu ada kelulusn tinggi tapi tak dapat kerja dalam bidang yang dia ambil masa belajar, or dia cenderung ke arah business , dan jauh lari dari bidang yang dia ambil. Please jangan pertikaikan , jangan hina dan sebagainya. At least diorang dapat juga kerja, diorang buat juga sesuatu untuk dapatkan nafkah.


okay. kesimpulannya RAJIN, USAHA, TAK PUTUS ASA, dan JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH serta MAK AYAH. inshAllah, Allah bagi lebih :)

dan jangan nak membawang sangat.



Jumaat 8 Jun 2018 10.02 pagi

- yaya saja je curahat