Sayang mereke Lillai Ta'Alla


assalamualaikum



mustahil la yaya tak tahu apa tu kawan apa tu sahabat, tahu ada maksud yang berbeza antara kawan dan sahabat.

tapi bagi yaya definisi kawan dan sahabat tu sama sahaja. sebab kawan dan sahabat ni boleh datang dan pergi.

untuk yaya rasanya cukup lah definisi kawan dan sahabat sahaja, tak perlu ada tittle "kawan baik, kawan rapat, sahabat baik, sahabat rapat"

sebab bila kita letak tittle macam tu, biasanya rapat dan baik tak kekal lama. biarlah sekadar kawan, pasti akan kekal lama.

bila mak pernah pesan " jangan rapat sangat, nanti satu hari bila berlaku apa2 kamu yang sakit, berpada pada lah rapat pun , dan tolong jangan berharap apa2 dari orang yang kamu rapat "

bila mana masa tu yaya endahkan pesanan mak, sebab masa tu yaya sentiasa fikir sahabat kawan rapat memang akan ada dan memahami aku saat susah dan senang.

rupanya betul kata mak, yaya terlalu berharap yang sahabat kawan rapat tu akan ambil berat dan sayang yaya , caring each others, care each others, rupanya sangkaan yaya salah. bila mana suatu hari sahabat kawan yaya jumpa kawan yang sekepalanya dengannya, yaya ni mungkin jenis lain sikit kan. bila dia jumpa sahabat sekepalanya, dia hari hari dengan sahabat tu, akui memang yaya cemburu, cemburu sebab ada orang lain rapat dengan sahabat yaya.

dan apa yang yaya perasan hari demi hari, dia macam meninggalkan yaya dan lebih rapat dengan sahabat yang baru. dan yaya nampak sikap dia makin lama makin berbeza dengan sikap dia yang yaya mula mula kenal dulu. sumpah lain, mungkin dia tak nampak perubahan tu, tapi yaya nampak. 

dan yaya masa tu mula hilang tempat mengadu, tempat lawak, tempat cerita benda happy. yaya stress masa tu, masa tu remaja sangat >.< fikir pun tak panjang. mana ada manusia yang tak pernah buat silap. tak perlu cerita lebih dekat sini. cukup jadi cerita dalam hati :')

as long dia happy, yaya happy, dan yaa kami masih berkawan cuma yaya sendiri tak nak rapat macam dulu. walau dengan siapa pun . alhamdulilah. ikatan silaturahim kami masih ada :)

bila tengok gambar dan conversation dulu dulu, akui memang rindu saat tu. cuma cukup la indah pada masa itu. dia banyak tolong yaya, dia baik dengan yaya. jasa dia dekat yaya dan family sikit pun yaya takkan lupa kan :) semoga Allah merahmati dia dan buat semua kawan sahabat yaya. aamiin.

satu lagi, yaya suka sangat tengok persahabatan orang lain, yang care each others, sayang each others, maksudnya kawan tu suprise org tu, org tu suprise kawan dia. always text each other tanya khabar, maksudnya, saling tak lupa saling tanya khabar each other. kalau situasi yaya. asyik yaya je ingat kawan dan nak text kawan. tapi kawan ? yaya dah biasa. tak apa :) kadang tu, memang ringan je tangan taip whatsapp kat kawan, tapi yaya delete balik. sebab fikir takut ganggu sb fikir yaya je ingat diorang, diorang ? ... banyak terasa dan makan hati. tapi it's okay lah benda kecik je, yaya kan chill dah bertahun tahun lalui. :')

sekarang ni, yaya kawan la dengan siapa pun. cukup la ada mak tempat mengadu. atau biar yaya simpan dalam hati mengadu pada Allah :)


alhamdulilah, syukur ada banyak kawan dan sahabat . yaya sentiasa doa kan mereka dalam rahmat dan kasih sayang Allah. semoga ikatan sahabat kawan kekal selamanya Lillahi Ta'Alla.

Sayang mereka kerana Allah, pasti tak akan kecewa :)

Syukur Allah beri yaya kesedaran :')


yaya, 9.17 pagi 9 jun 2018

- yang sekian lama dipendam, tapi still chill . jangan ambil serius sangat :D