Bapak .


assalamualaikum

sumber google : search by sayangkan ayah quotes


baru baru ni, bapak yaya masuk hospital atas sebab sesak nafas, bapak yaya ni memang ada asma dan memang keturunan belah ayah yaya ada asma.

nak diceritakan, hari khamis pagi tu bapak memang dah tak sihat, dekat rumah ni ada yang pam gas yang untuk orang asma tu kan, banyak kali juga masuk gas tu, tapi still tak menjadi, bapak kata bapak boleh tahan lagi.

tapi dah bawak ke petang, bapak mintak bawak pergi hospital sebab dah tak tahan.

bergegas la yaya drive ke hospital, bapak masuk kecemasan dan berada dalam zon kuning.

lama jugak bapak dalam kecemasan, at last doktor cakap bapak tak boleh balik. doktor tahan bapak dekat wad, masukkan oksigen dan masuk air. dalam 4 hari duduk wad . memang yaya , mak , kakak ulang alik dari rumah ke hospital. dalam sejam jugak la ke sana dengan cara yaya yang drive 60-100, yelaa nak bawak laju tak berani . huhu . biar slow asal selamat sampai .


first time bapak yaya duduk wad dan yaya first time lalui saat macam tu, sunyi la bapak tak ada kat rumah ,, huhu . yaya menangis laa sebab kesian tengok bapak masa tu, drive kereta balik rumah, sampai rumah, keriau rindu bapak . huhu .

tak tahu laa, start week tu yaya rasa kurang semangat, semangat melayang ke mana entah, tapi kena kuat untuk bapak dan mak . 

alhamdulilah, bapak keluar wad hari isnin 4/12 waktu petang. alhamdulilah happy bapak dah ada kat rumah. tapi keadaan bapak masih lemah, sampai hari ini bapak masih baring dan jalan gitu gitu je dalam rumah. nak keluar mana mana memang bapak tak larat. makan pun tak selera lagi.


elok je bapak keluar hospital, yaya pula sakit perut gastrik aduiii, memang sampai pucat muka dengan mak pulak masa tu sakit kaki dan lutut. Allahuakhbar, Allah nak hapuskan dosa dosa kami, cuma apa yang yaya mintak, semoga Allah sembuhkan bapak sediakala, at least bagi bapak lalu makan dan bertenaga. aamiin .


Ya Allah , berikan yaya dan keluarga yaya kekuatan mental,fizikal,hati,luaran dan dalaman untuk tempuhi dugaan ini :') dan berikan yaya kesihatan yang baik dan stabil untuk jaga kedua orang tua yaya , aamiin ,



sampai jumpa lagi korang :')

sabtu 9 dec 2017

3.11 petang

**yaya kuat fizikal mental. aamiin :')





Comments

  1. Amin...insyaAllah...moga Yaya sekeluarga terus sihat...

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh. *Allah duga sebb sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, terima kasih mizz strawery :* betul tu . Allah ada sentiasa

      Delete

Post a Comment