Resepi Churos

by - Thursday, January 21, 2016


assalamualaikum

hari ni nak share resepi churros yang rangup kat luar lembut di dalam. Sedap sangat ! tak payah la nak pergi cari churros kat cafe-cafe hipster. ahaha. buat sendiri lagi hipster, buat banyak suka hati la nak makan banyak mana. haha



This is real churos 

kejap lagi yaya tunjuk churros handmade by yaya. haha

ni resepi churros ye. ikut je resepi ni. inshaAllah akan jadi, trust me bebeh :P

Bahan-Bahan

1 cawan air **
1 sb butter **
1 sb gula pasir **
Secubit garam **
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur

Cara-cara

- Masak kan semua bahan yang bertanda ** sampai sebati dan mendidih

- Masukkan tepung gandum ke dalam bancuhan yang dimasak tadi.. dan gaul sampai sebati

- Tutup api dan masukkan telur.. Kacau lagi dan siap untuk dimasukkan dalam acuan semperit

- Gorengkan dan Siap !

- Boleh cicah dengan chocolate cair @ tabur gula aising atas churros 



Disebabkan tak ada acuan semperit, maka nya jadi lah churos bergulung daripada yaya :P


memang rangup makan panas2 dan lembut di dalam. walaupun dah sejuk, bila makan still lembut dan tak ada keras2 . yaya excited sangat buat masa ni, lupa nak tunjuk step2 bergambar. lain kali yaya buat yaya ingat yaya try snap step masak dia :D 



Selamat Mencuba !


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-8154
 

You May Also Like

7 Comment