Periksa tekanan darah anda sentiasa .

by - Tuesday, December 02, 2014

assalamualaikum

Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi 

nak tahu lebih lanjut. mai yaya share dengan hampa . sebab apa yaya nak share dengan hampa sebab anyone tak kira hang tua hang muda boleh ada hipertensi ni . sebab parents yaya dua2 ada darah tinggi.
mak yaya pulak masa bulan 9 tahun ni jugak, sampai pengsan sampai kena semi stroke , sampai satu badan mak yaya masa tu lemah  di sebab kan darah tinggi ni . Allah , mintak jauh semua tu .


Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal



Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.
 
TEKANAN DARAH

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala. Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.

Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera

Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :

1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan tanpa ubatan & ubatan
1. Anda perlu mengubah cara hidup seperti
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
4. Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan
pemakanan
5. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
6. Hindari stress

sumber lebih lanjut di FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) sini https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia)

InshaAllah ,  terus berdoa pada Allah agar kuat dan tabah dan sabar apabila diuji dengan kesakitan . Aamin .

You May Also Like

5 Comment

  1. akak lak, darah rendah... kekadang, pagi2 buta, kaki cramp.. sekarang dah kurang sikit..

    ReplyDelete
  2. takutnya kalau kena tekanan darah ni kan... mekasih share info ^^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah memang selalu check and monitor.. sebab ayah akak memang ade mesin tu so selalu check. alang alang tu check diri sendiri nye hehe

    ReplyDelete
  4. Mak akak pun darah tinggi. hoho--

    Semoga dijauhkan lah.

    Nice sharing yaya :)

    ReplyDelete