Lunch semalam : Telur Bungkus

by - Tuesday, December 30, 2014

assalamualaikum

dah lama teringin telur bungkus . pernah sekali makan telur bungkus ni dekat rumah kakak ipar . perh sedap . kuah dia yang manis manis , nyuuuummmm :D

so , semalam try buat sendiri . tak tahu sebenarnya nak buat . bila mak dah explain sekian sekian cara . ohhhhhhh senang je ! hek eleh . 


first kita goreng secara kering inti dalam telur bungkus tu . nak menumis tu buh laa minyak sikit . air nanti pun buh sikit bagi empuk sayur sayur yang jenis keras sikit , and bagi masak ayam tu . and bagi kering air tu baru angkat inti tu letak ke tepi dulu .

biasa org buat inti telur bungkus kat dalam tu letak sayur segera yang colourful tu . yang bulat2 yang siap dah ada carrot dah ada kacang bulat yang hijau tu . hah tahu kan ?

tapi yaya sebab tak ada yang tu, yaya pakai je sayur2 yang ada kt rumah (sawi,kubis,bunga kubis,carrot,putik jagung,batang sayur sawi dan ayam) - semua potong kecik2 . garam dan gula letak sekali ye .

second , dah siap yang first . dadarkan telur ye ! yaya buat 2biji telur . dah siap dadar . angkatkan ke pinggan . ambil inti tadi bungkuskan dalam telur tu . siap telur bungkus dan letak dalam pinggan lawa2 . ehehe

third , bahan2 kuah dia (bawang merah bawang putih , sos cili sos tomato , garam dan gula , tiram , air )

tumis bawang tu then masukkan air ikot rasa korang , yaya buh air banyak sebab nak kuah banyak .buh laa semua sekali sos dan garam gula dan tiram . kacau2 dan dah sedap . angkat tuang atas telur dan sekeliling dia . siap !

taaadaaaaaaaaaaaaaa !

. HAK MILIK YAYA ISMAIL .

maaf kalau cara yaya explain tu ada yang tak faham . hihi.




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6264



You May Also Like

4 Comment

  1. Baca entri Yaya ni terus akak jadi mengidam telur bungkus :)

    ReplyDelete
  2. Kenapa goreng telur pun boleh nampak sedap sangat niii? :o Kalau Nad buat tak menarik langsung hahaha

    ReplyDelete
  3. alamak, sedaplah pula tengok. >.< suka sangat dengan telur bungkus. telur bistik pun best! ahahahhaha

    ReplyDelete