The Day : Interview Majlis Perbandaran Manjung

by - Monday, June 23, 2014

assalamualaikum :)


alhamdulilah . hari ni yaya selesai interview pembantu tadbir lepasan spm , majlis perbandaran manjung (MPM) . ni entry yang lepas masa yaya dapat panggilan interview tu second interview. lebih kurang 100 lebih juga yang datang interview tu . masa yaya sampai je, tengok dekat papan kenyataan depan bilik interview tu , diorang dah bahagi kan kepada 5 group . So , yaya dapat group yang ke 5 iaitu group F . dan dalam group tu yaya orang ketiga . yay ! happy sangat dan syukur sebab orang ketiga dalam group tu . tak payah nak tunggu lama2 . hihi . 

jadi dekat sini yaya nak share sikit lahh pengalaman yaya untuk second interview ni . tak lama pun sebenarnya interview dia . diorang bagi masa 10 minit untuk setiap seorang yang di interview .

masa yaya interview tu, penemuduga tu banyak tanya yaya berdasarkan sijil sijil yaya , dia tanya yaya banyak masuk aktiviti apa dekat sekolah , tengok jawatan yaya masa dekat sekolah , tanya yaya ada pengalaman kerja atau tak , tanya yaya sama ada pernah datang interview yang lain atau tak , tanya kemahiran kita , tanya fungsi jawatan pembantu tadbir tu , tanya pasal ahli tertinggi dalam MPM tu dan lain lain lagi lah .dan diorang tak tanya pasal isu semasa pun dekat yaya . depends on penemuduga jugak .tapi alhamdulilah semua yaya dapat jawab :)

cuma sesiapa yang dapat interview majlis perbandaran atau daerah ke , yaya sarankan korang bagi fokus pada fungsi2 jawatan yang korang ambil dan ahli tertinggi dalam majlis tu . digalakkan juga baca je isu semasa


dan ... diorang yang yaya berkenalan dekat situ semua kata macam ni dekat yaya dan penemuduga tu pun kata " baru 19 tahun " ? mudanya , hehe . tak salah nak mintak kerja di usia yang muda asalkan ada minat dan semangat . niat yaya nak cari pengalaman dan belajar ilmu yang baru :) tawakal to Allah , harap ada rezeki dapat kerja ni , inshaAllah :) aamin :)

You May Also Like

6 Comment