KLIA 2 !


assalamualaikum

alhamdulilah , dah balik dari sepang hari tu hari isnin . pergi hari ahad balik isnin 2 days 1 night . 

tak sempat nak snap gambar hotel ke sekitar KLIA 2 ke , tak sempat . haha . letih laa . malas nak bawak kelua phone . 

dan nak jimat batery phone sebab nak pakai maps untuk jalan nak pergi hotel dan balik ke rumah balik . memang hari ahad tu kaw kaw batery habis tepat2 sampai hotel tu . so , memang tak dapat nak snap gambar ke hape ke . check in je bilik hotel cari plug terus nak sumbat charger ni . hehe

untuk hari ahad tu , gerak dalam kul 11pg then sampai dekat Cityview hotel sepang dalam 4.30 petang. lalu jalan sabak bernam , kapar apa semua and exit setia alam . serius ikut situ dekat dan jimat tol . dua kali je lalu tol :D

ni rupa bilik family room yang yaya tidur . (gambar : daripada website cityviewhotel malaysia)

Cityview hotel sepang Malaysia
ni bilik family room for 4 person (RM180)

sebelah hotel ni ada kedai mamak , nak makan selera melayu selang dua buah kedai daripada hotel ni ada kedai melayu .

servis dia memang alhamdulilah semua okay :)

dan pagi ahad tu , p la makan dekat kedai melayu selang dua buah kedai dari hotel tu . ni je yang kita sempat snap . haha 

nasi lemak telur mata
 nasi lemak telur mata

dan lepas siap makan kemas semua , checkout dalam 9pagi . terus  p airport klia 2 sebab flight akak yaya tu arrived dalam 10 suku daripada beijing . 

jarak dari hotel ke airport KLIA 2 dan KLIA 1 tak jauh : hanya 16 minit / 17 minit .

memang sangat dekat :D

KLIA 2
ni pun ambil dekat ig akak yaya sorg lagi tu . hehe  . ni je yg sempat snap .

memang nak kejar masa . sebab pergi tu mintak kawan ayah bawakkan sebab ayah tak boleh bawak kereta jauh2 .sampai2 je kakak yaya . kami p lunch dekat nilai nuu ikot abg lang yaya . habis lunch terus gerak balik . alhamdulilah selamat sampai ke rumah :)


anyone yang nak stay dekat cityview hotel , ni maklumat yg yaya blh share :

Website : http://www.cityviewhotel.com.my/ ( ada dua branch , satu dekat bandar sunway dan dekat sepang)
Jarak ke KLIA 1 dan 2 : 16 /17 minit
Wifi : Ada 
Kedai : Ada kedai mamak sebelah hotel dan selang 2buah dari hotel ada kedai melayu
Sepang Branch : Standard Room Deluxe Room Twin Room Family Room Premium Room Backpacker Room



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6690
IKLAN MAXIS

Comments

  1. boleh tahan..harga utk family room camtu. amat sesuai kepada family yang jauh2 nak transit ke klia @ klia2.;

    tq for the info..

    http://www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  2. Best juga kan KLIA 2? Haritu Dylla tidur situ sbb flight pagi hahah

    ReplyDelete
  3. yaya : jarak dari hotel ke airport KLIA 2 dan KLIA 1 tak jauh : hanya 16 minit / 17 minit tu jalan kaki ke naik kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak jm : ofcorse laa by car ke bus ke van ke .asalkn bkn jalan kaki . hehe

      Delete
  4. wow hrga quite best.. family room lagi mmg best lah.. besar.. boleh guling2 eehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment