Khasiat Buah Betik

by - Thursday, November 20, 2014

assalamualaikum

hampa taw tak betik ni sedap ! , disebabkan tadi makan betik , so nak share kebaikan buah betik untuk diri kita :)


  • Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  • Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  • Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
  • Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
  • Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
  • Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  • Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
  • Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
jom makan betik ! :D

sumber : http://resepisaya.com/13-khasiat-buah-betik/

You May Also Like

11 Comment

  1. Teringin pula makan buah betik nie... rasa dah bertahun tak makan :)

    ReplyDelete
  2. byk khasiat betik ni..rugi siapa yg x suka betik kan..nasib baik sis JM suka :-)

    Daun betik juga boleh rawat dengki kalau x salah

    ReplyDelete
  3. I love betik. Ayah pesan bila sembelit suruh makan ni. Ekekekee tu la yang saya lakukan XD

    ReplyDelete
  4. Info yang berguna..thnks for sharing

    ReplyDelete
  5. sedap betik ni.. selalu gak beli yang dah siap potong tu.. rm2.. tapi bila fikir balik rugi.. baik beli yang sebiji tu.. harga lebih kurang, boleh makan berpotong2 heee..

    ReplyDelete
  6. .. Cakkk..
    teman follow sini yea, follower no.808
    jemput follow me back yea..
    leh kita saling kunjung-mengunjung nanti.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    kalau minat kucen boleh gak follow blog
    kedua teman ni yea..

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. sedap nya....banyak fungsi...nak share yea....

    ReplyDelete
  8. I love betik too.. hehe, dulu saya selalu makan buah nih, tp ntah lah makin tua jarang lak makan, tp tol, khasiat nya banyak :)

    ReplyDelete
  9. Dap nye buah betik. Kalo mkn sejuk2 lagi best. Banyak khasiat lak tu

    ReplyDelete
  10. Nice sharing.. mmg betik byk khasiatnye.. akk suke gak mkn betik.. nak2 kalau sejok2 tu....

    ReplyDelete
  11. Betik untuk membuang~ Tu je yang tahu haha

    ReplyDelete