30 September 2015

Resepi mudah roti sosej


assalamualaikum

memalam cenggini , yaya nak share resepi mudah yang selalu dok keluar dekat wall facebook yaya . memang sangat senang . semua orang minat kecuali ayah yaya . haha . ayah minat kuih muih tradisional . ni kuih orang putih katanya . ekekeke .

ni memang 100 percent buat sendiri . haha . amat lah mudah wehh .

rujuk gambar ni pun boleh faham dah :D


Bahan-bahan
  • roti putih (yaya pakai roti masimo packaging hijau tu, sb roti masimo ni sedap)
  • telur
  • keju (yaya pakai keju mozarela)
  • sosej (make sure rebus sosej dulu)
  • serbuk roti atau serbuk cornflakes (yaya pakai serbuk cornflakes yg yaya blend siap2)

Cara-cara
  1.  ambil roti putih tu korang lenyek kan bagi nipis macam dalam gambar kat atas tu . yaya pakai roll tu laa nak lenyek dia .
  2. ambil sosej yg dah direbus dan letakkkan keju, gulungkan dan sapu sikit telur untuk gam kan roti tu .
  3. dah gam kan dia , celup roti with sosej+keju dalam telur .
  4. lepas tu salutkan dia atau gulingkan roti tu dalam serbuk roti atau serbuk cornflakes  . salut biar penuh
  5. dan masukkan ke dalam kuali dan goreng dengan minyak yg panas . dah masak angkat dan hias laa. siap .




ni hasil yang yaya buat , yaya letak keju lebih kat dalam baru umph sedap . tapi yaya makan 2 3 ketoi je . makan banyak masalah karang yaya ni . org gastrik kena hati2  bab makan . hehe

yaya goreng terlebih garing tu . tapi sedap buat makan petang ke , breakfast ke . alhamdulilah :)

selamat mencuba :D

TABUNG SEN YAYA

http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7690




28 September 2015

Bahulu raya haji


assalamualaikum

baru sempat nak meng upate blog setelah 5 hari tak on laptop . haha .busy melayan anak2 buah tersayang dan busy ke sana ke mari sepanjang raya , busy mengemas memasak dan segala bagai nya lah . fuhh letih . 

patutnya nak share entry buat bahulu raya ni before raya haji . last last memang tak sempat nak update . kekangan masa gituuu . ekekeke

bahulu pun dah tinggal sikit plus ada 2 3 bahulu semalam dalam bekas dah kena ngap dengan semut . baru je nak ambil makan , tengok2 semut berkampung dalam bekas tu . tak pelah rezeki dia kan , mak ambil 2 3 bahulu yg kena urung dengan semut tu , rendam dalam air then bagi sang burung merpati belakang rumah makan . habis taw . alhamdulilah rezeki untuk si semut dan sang burung :)

kalau rujuk resepi dekat mana2 carian google atau dekat carian fb memang macam2 . korang boleh pilih nak cuba yang mana . sebab semua resepi yang ada kat google tu , inshaAllah akan menjadi okay ! kena sabar n kena try n error kalau first time buat . ekekeke .

cuma yaya nak inform , make sure korang panaskan acuan dahulu okay . guna oven jenis yaya ni yaya panaskan acuan selama 10min 180@200 darjah . n then untuk bakar bahulu dalam masa 20min  180@200 darjah jugak . bakar sampai masak lah . pandai2 laa korang adjust ikot oven masing2 . kalau dah masak angkat acuan bawak bahulu keluar . 




beginilah bahulu yang mak yaya n yaya buat . bancuhan bahulu sepenuhnya dari mak yaya . yaya tlg bakar je . hehe . alhamdulilah lembut gebu dan sedap :D nyamm . sampai semuat pun suka . ekekeke .


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7758


22 September 2015

Resepi Ayam Goreng Cornflakes


assalamualaikum

pagi ni nak share resepi paling senang nak masak untuk lunch ke dinner ke , tak kisah laa masa bila pun. semalam yaya try buat ayam goreng cornflakes . alhamdulilah jadi . sedap . hehe

Bahan- bahan 


- ayam (terpulang lah aym korang tu nak potong pada berapa dan mcm mana pun)
- cornflakes (blend dalam mesin blend pengering atau hncur3kan dgn tgn pun blh)
- tepung jagung
- telur 

Cara-cara

1. Make sure kalau ayam korang dalam peti ais sejuk beku , keluar kan siap2 , cuci ayam siap2 dan tuskan air nya ye . lepas tu lap2 kan ayam tu dgn tisu sikit . then ketepikan ayam ni .

2. Cornflakes tu boleh blend halus mcm dalam gmbr yaya tu , xnak halus sgt pun tak apa . hancurkan pakai tgn pun blh . terpulang .

3. Campurkan cornflakes dgn tepung jagung dan sebatikan . macam dalam gambar ni . kuantiti agak2 lah ea . yaya pun agak2 je ni . hehe


4. Pecahkan dan pukulkan telur untuk celup ayam nanti .


5. dh siap semua . ambil ayam celup dalam telur dan gaul dalam cmpuran cornflakes n tpp jgg td dan goreng dalam minyak yg betul panas ye

6. Dah masak hidangkan dan makan panas2 cicah sos . sedap . hehe

ni hasil yg yaya buat . ekeke .


selamat pagi dan selamat mencuba :D


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7610



20 September 2015

Morning Quotes - Please , Try Again .


assalamualaikum

selamat berhujung minggu semua . yg mana kerja , kerja elok2 . yaya ada ni hah baru lepas breakfast banana toast . gituuu . haha . roti letak pisang . dapp nyaa :D 

pagi ni nak share quotes dari nak bebel punya fb . 



so true , kena try again macam kita main game . memang tahu bila dah down ambil masa nak bangkit dengan cacian orang lagi , sindiran org lagi . mcam3 lahh bila dah down .

but , kita tak akan down selamanya . please wake up self and please try again :) Percaya pada Allah dan Yakin setiap jadi ada hikmah , apa yg bt kita down ada hikmah . well hidup ada turun naik nya.

Keep Strong !


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7610
 

19 September 2015

Wabak anjing gila


assalamualaikum

tahu kan sekarang ni tiga negeri ada wabak anjing gila atau rabies  yang kita dok dengar kat berita tu kan . negeri perlis,kedah dgn pulau pinang.. dah lama ni tak dengar pasal wabak anjing gila . so, yaya try laa search pasal wabak anjing gila ni .



wabak anjing gila ni sejenis penyakit yang merebak daripada haiwn kepada manusia melalui gigitan dan pemindahan mukus atau air liur .penyakit ni boleh menyebabkan kematian . Penyakit ni akan serang saraf pusat yg boleh sebabkan demam atau kekejangan otot . kena hati2 dengan anjing liar yg merata2 tempat ada . 

antara langkah cepat bg yang terkena gigitan anjing ni , cepat2 pergi klinik dapat kan rawatan daripada doktor . okay ! jangan dok wat der wat lek je .

kawasan taman yaya ni memang banyak sangat anjing liar . dah tu bukan nya kita jumpa anjing liar ni jalan sekor2 . tak2 . depa pun pandai jalan ber geng geng , tu diaa . macam gangster . takott yaya aihh . dah la banyak kali pengalaman kena kejar dgn anjing masa naik moto . Ya Allah , memang kaki rasa nak masuk dalam raga moto tu taw ! eeeeeeee . memang yaya tak boleh tgk anjing2 ni .bahaya2 . eeeee . i cannot !

hope sangat pihak berkuasa boleh ambil tindakan anjing2 liar ni . dulu taman yaya ni memang ramai je pagi2 jog keliling taman . tapi sebab anjing liar sekarang makin byk memang tak lahh nak jog dah .

so hati2 ye geng . kalau terkena gigitan cepat2 pergi klinik !



korang boleh baca dekat sini info pasal wabak anjing gila ni WABAK ANJING GILA !


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7610

 


17 September 2015

setelah dua tahun gituuu


assalamualaikum

akhirnya setelah dua tahun , berjaya jugak kumpul tabung nuffnang ni . baru cukup rm50 laaaa . haha

blogger lain semua dah byk kali cash out ye dak . yaya baru first time , tpi tak nak cash out lagi lah .
 nak kumpul lagi .boleh ke tak nak cash out ye kalau dah cukup ? ingat nak kumpul lagi ni



nampak sangat blog kita jarang dikunjungi , tu bertahun2 nak kumpul . tak apa , sabar membawa hasil dan berkat ye . hihi . sabar je menunggu hasil tabung nuff tu , hari ni baru tengok dah cukup rupanya . alhamdulilah 

lagi pun sejak sejak ni jarang nak update dah blog ni . boleh kira satu bulan tak lebih 10 entry kadang kadang tu . 

tambah quota internet habis dengan cepatnya . hhaha . kerja yaya ar ni cepat sgt habis quota wifi . download je tahu . hahahahaha .

apa2 pun alhamdulilah . ada hasilnya jugak kan :) thanks nuff . nanti yaya cash out ye . tengok keadaan :D


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7610


15 September 2015

Roti Bun Kosong Menjadi !


assalamualaikum

entry pagi ni dimulakan dengan makanan . hua hua hua . dah berapa hari dah taw line internet ni slow . slow lagi dari siput . taw tak ! hahaha 

alhamdulilah , nak cerita ni , first time tlg mak buat roti bun kosong ni menjadi ! yay yay yay . ekcelly mak laa yang uli uli tepung roti ni . hehe . tukang bagi n cari resepi yaya nya laa . second time buat baru yaya yg akan buat sepenuhnya . InshaAllah .

Dekat sini , a big thanks untuk sis buatwanita.blogspot . sebab apa , sebab yaya rujuk resepi asas doh untuk roti yang yaya dgn mak buat ni daripada blog sis ni. serius senang dan mudah . cuma tang nak uli tiba2 yaya jd pemalas kejap . hahaha . mak jugak laa yang uli . hehe . second time buat , yaya cuba menguli pulak ye mak . ekeke 

nak taw macam mana jadi roti bun kosong versi mak yaya n yaya . 

nahhh . tadaaaaaa :D


alhamdulilah menjadi ! bila dah menjadi ni memang rasa seronok nak bt lg . bila bab masak ni memang kena try n try n try . ni frist time bt alhamdulilah menjadi . 

roti ni prepared tengah hari semalam , bake roti ni lepas dah siap lunch n solat zhr semua lah .
alhamdulilah menjadi . korang yg masih tercari2 resepi asas doh roti ni , korang boleh pergi dekat blog http://buatwanita.blogspot.my/ . inshaAllah boleh menjadi ikot resepi ni . Suhu oven yaya set kan 180 drjah selama 20 minit . terpulang pada oven masing2 .

apa2 pun . big thanks to sis http://buatwanita.blogspot.my/ sebab share resepi yang sgt mudah yg boleh diikut sampai bila2 lah . thanks sis , sis buatwanita.blgspt ni sure tak kenal yaya . hehe . sebab yaya memang tak pernah drop comment dkt blog sis , jd silent reader je tengok3 resepi sis n siap screen cptre resepi sis simpan . bila dah ada bahan baru buat n rujuk resepi sis . huhu . salam kenal ye sis :D hehe


13 September 2015

Morning Quoates - Selamat Pagi Sayang :)


assalamualaikum


selamat pagi sayang ! Alhamdulilah :)

Al Fatihah untuk mangsa yg terkorban di Masjidil Haram Mekkah dan doakan semua para jemaah haji dari seluruh negara , termasukla kita semua umat islam ni di bawah perlindungan Allah . Amiin:)




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7618


12 September 2015

Sama-sama Kita Doakan ..


assalamualaikum

rasanya semua dah tahu tentang kejadian yg berlaku di Masjidil Haram Mekkah . Di mana kren jatuh di Masjidil Haram . Allah , masa yaya tengok je post ni dekat facebook , terkejut sangat .. Semoga Allah melindungi mereka yang sedang melakukan haji dekat sana dan dipermudahkan urusan mereka dekat sana , Amin ,

Al Fatihah untuk mangsa yg terkoraban .








Ya Allah , tempat mereka yang terkorban di kalangan org yg beriman dan lindungi semua jemaah haji di sana , Amin .



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7618


11 September 2015

kenapa comel sangat ni hah !


assalamualaikum


  selamat pagi geng !

si comel dengan si comel cik kucing ni pandai kan buat pose comel comel . yang aku rasa macam nak cubit je , tapi tapi , i seriau sikit dengan kucing ni . hahaha . dulu tak laa takut kucing tapi sebab dulu pernah ada kucing liar dekat restoran terus lompat atas ribe yaya dengan cakar peha yaya sikit . hamaigad ! sejak tu seriau dengan kucing . hua hua hua 

tiba2 melompat kat yaya . fuhhhhh jatuh jantung ke perut masa tu . hua hua ~ 

nah nah tengok pose pose comel ni :D

 tengok ni rileks je kan duduk sebakul ~


hhahaha . ini kelako , pandai sangat laa punn cik cin ni copy gaya baby tu .
 

 nampak nya sama tinggi . hahaha



http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7618



08 September 2015

Design Songket Srwk yg Menjd Pilihan Customer


assalamualaikum

yaya nak promote sat pagi pagi ni . ada yg berminat nak order batik songket sarawak 2m ni boleh direct whatsaap/telegram yaya dekat nombor yaya seperti dalam gambar di bawah .


alhamdulilah jualan memang sangat laku , ada design2 yang dah sold . if restock sekali pun design2 yang dah sold maybe kami tak ambil banyak . sebab ada design baru yang lain . dah lebih daripada 40 dsign dah . cuma yaya tak sempat nak masuk gambar yang lain .

yaya jarang update business dropship yaya dekat blog ye . siapa yang nak usha2 batik songkt ke,kain psg sulam ke,blouse muslimah ke, instant shawl ke boleh ke Facebook yaya : Kamaliya Ismail atau Instagram yaya : theyayacollection

ni antara dua design yg memang cantik dan menajdi pilihan customer2 

 D2 (Black)

D14(Gold)

cantiikan . hehe . yang nak order boleh direct pada mana2 laman sosial yaya . fb atau insta . atau boleh direct whatsapp yaya terus . telegram pun boleh . call tidak boleh sama sekali . 

selamat pagi semua !

TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7610


03 September 2015

Ogos - September


assalamualaikum

dah masuk september ! Alhamdulilah , cepat je kan masa berlalu . rasanya belum terlambat lagi nak ucap selamat hari kebangasaan untuk Malaysia Tanah Airku pada 31 Ogos yang lalu :* 

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

ekcelly baru nak beransur sihat ni , 4 hari dah demam , hua hua hua . 29hb tu dah gerak ke kl naik ets dri batu gajah ke kl sentral . first day tu dok elok lagi laa , cergas sehat walfiat lagi , sampai je kl pergi tengok rumah kakak yaya kat petaling dulu then petang sikit alang yaya ambil yaya n family bawak p tidor kat rumah dia , nilai for one night . 

malam kat nilai tu , pergi laa makan dekat food court dekat2 nilai tu then lepas makan semua , kami p dataran nilai spend time ambil angin dekat situ, hujung minggu kan memang orang ramai la . apa lagi main belon besaq laa bak hang . seronok eksaited main belon ~ hahaha


lepas tu balik laa rumah abg alang yaya, then pukul 2 3 pagi macam tu kita demam ~ sob sob sob T.T . dok tak dok cheq demam dengan gastrik angin cheq terok ~ lembik badan dibuatnya 

sampai hari kedua 30hb tu pun still demam , along yaya pulak mai ambil p rumah dia kat klang , tea time kat rumah dia . so bye bye nilai . hai klang , mai sat jela , lepas dah tea time kat rumah along p balik rumah akak kat petaling tidoq situ sebab 31hb tu tiket ets balik perak pkul 11pg . rumah akak yaya dekat dengan komuter . tu senang tu .

31hb dah balik rumah pun demam lg, dok dalam ets tu sejuk gila , makin menjadi demam , memang tak sabar2 bila ets tu nak sampai kt stesen bt gjh . haha .
~ ni laa baru nak baik , aktiviti nak berjalan2 kat kl tergendala sebab badan tak sihat :(  sob sob , tak dapt shopping ~

huaaa huaa huaa . doakan kita cepat sembuh . Amin !


 TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-7558?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=