29 March 2015

Fakta ke auta .


assalamualaikum


ini fakta hokayy .

sampai satu tahap tu memang blur memang tak boleh cheq nak pikiaq nak masak apa . 

balik balik benda yang sama jugak masak .




tak kisah pun sebenarnya benda yang sama repeat dan repeat masak . asalkan perut kenyang .

tapi nak jugak la sekali sekala tukaq selera bak hang oi .

nak masak western western bagai , fikir jugak mak bapak yaya bukan jenis tekak selera sangat makan western , setakat ayam chop boleh laa . diri sendiri pun  tak puas makan makan western ni 

aleh aleh cari nasi jugak . hehe

ni pun pagi ni tak breakfast lagi . rasa nak breakfast roti bakar kaya kaya kaya ~ 



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730

21 March 2015

Kartun "Kacang"


assalamualaikum

kacang kacang

perh legend kartun kacang ni . dulu yaya memang tak nak lepas citer ni . suka sangat sangat . tak silap yaya masa citer kacang ni tengah popular masa yaya sekolah rendah , 

siap tulis kat jadual belaja dulu tepat pukul 7ptg dekat tv 1 tengok citer kacang . haahha .

paling best setiap kali start mesti mulut yaya ni sing together lagu kacang ni . "kacang - kacang2 " hehe
 
ada satu benda  
lain bentuk lain rupa 
khasiatnya pun berbeza 
cuma ia satu nama cuba teka

cuba....
teka....
siapa....
dirinya...... 


kacang 3x
hah tu laa serba sedikit lirik lagu kacang . hehe . ingat ingat lupa :D

dalam citer kacang ni ada watak kacang parang , kacang kuda , kacang soya , kacang hijau , kacang dal dan lagi kacang apa tah lagi dalam tu . hihi

tak silap yaya baru baru ni ada ulang tayang balik dekat tv 1 . tapi tak ingat masa tu hari apa . well , memang ni laa kartun yang selalu dok tengok dulu . legend lah sekarang sebab dah tak tunjuk sangat dah .

memang betul betul #throwback ni zaman kanak kanak ribena :D




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6766

Okay kot


assalamualaikum 




wehh lama kan yaya edit blog . aleh aleh simple lagu ni jugak . 

dah macam macam template yaya tempek , satu pun tak kena . tapi tengok mata yaya ni sedap memandang yang macam sekarang ni . hehe

simple je kan . header pun tak letak header lelawo .

rasa rasanya okay kot kan macam ni 

yaya check seo blog pun adalah peningkatan dari 14% ke 57%

SEO BLOG
semak seo blog : https://chkme.com/

even simple macam ni , tapi seo meningkatkan . okay lah kan . 

sejak baca  entry pasal seo ni dekat blogger blogger yang pro bab seo, yaya pun sikit sikit la tertarik nak belajar apa itu seo .

rasa rasa hampa , nak load blog yaya ni cepat atau slow ,

hampa tengok okay tak ?

rasanya puas hati dah ni ~


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730


18 March 2015

Under construction


assalamualaikum


yaya sedang make up blog ni sikit . tengah cari template yang simple dan mesra seo . 

ni tengah pakai template yang lama . so habis bloglist kesayangan semua hilang . dah la line slow ni . inshaAllah . kalau menjadi . berubah laa sikit blog ni . kalau tak jadi pakai template lama je 

see you soon dear :)


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730

2nd Giveaway By Ainie Zulaikha


assalamualaikum

http://ainiezulaikha.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-by-ainie-zulaikha.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN 


Tamat : 15.4.2015





TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730


GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris


Assalamualaikum

GA by Ayue Idris
(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Kamaliya Ismail
instagram id :@yayacapitalk


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730
 



17 March 2015

Hot weather ~


assalamualaikum

animated summer tumblr
sekarang ni memang la cuaca sangat2 lah panas . *mak cakap "ni baru panas dekat dunia yaa"*

baik mak , yaa ter merungut sikit tadi . macam tu lah mak yaya pesan kalau yaa ni ter merungut . astaufirullahalazim .jangan merungut . syukur syukur apa Allah bagi . hokay yaa :)

hot hot weather ni kita kena laa jaga kesihatan kita , baik yang kerja atau tak kerja .

nak nak lagi pada yang berusia macam parents kita . betul betul kena jaga parents kita . nak nak pulak anak anak yang jauh dengan parents ni . rajin rajin laa call mak ayah hampa tanya khabar , pesan pesan kat mak ayah jaga kesihatan musim panas mcm ni . sejuk hati mak ayah hampa anak2 ni call . kan kan kan :D

tips musim panas malaysia
amalkan setiap kali musim dan hari hari yang panas 

satu lagi jangan laa mandi sehari sekali kalau dah tahu cuaca panas . mandi laa dalam sehari 2 3 kali mandi . bagi sejuk badan tu . musim panas ni pun bahaya takut boleh kena strok haba ye anak anak sekalian .

strok haba
 elakkan strok haba !

kalau macam badan tu berpeluh , sejukkan badan dulu dekat kipas ke apa ke . baru hampa p mandi berendam ye .

moga Allah makbulkan doa kita untuk kekal sihat kuat dan tabah setiap kali musim berubah :)


TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6730?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

13 March 2015

KLIA 2 !


assalamualaikum

alhamdulilah , dah balik dari sepang hari tu hari isnin . pergi hari ahad balik isnin 2 days 1 night . 

tak sempat nak snap gambar hotel ke sekitar KLIA 2 ke , tak sempat . haha . letih laa . malas nak bawak kelua phone . 

dan nak jimat batery phone sebab nak pakai maps untuk jalan nak pergi hotel dan balik ke rumah balik . memang hari ahad tu kaw kaw batery habis tepat2 sampai hotel tu . so , memang tak dapat nak snap gambar ke hape ke . check in je bilik hotel cari plug terus nak sumbat charger ni . hehe

untuk hari ahad tu , gerak dalam kul 11pg then sampai dekat Cityview hotel sepang dalam 4.30 petang. lalu jalan sabak bernam , kapar apa semua and exit setia alam . serius ikut situ dekat dan jimat tol . dua kali je lalu tol :D

ni rupa bilik family room yang yaya tidur . (gambar : daripada website cityviewhotel malaysia)

Cityview hotel sepang Malaysia
ni bilik family room for 4 person (RM180)

sebelah hotel ni ada kedai mamak , nak makan selera melayu selang dua buah kedai daripada hotel ni ada kedai melayu .

servis dia memang alhamdulilah semua okay :)

dan pagi ahad tu , p la makan dekat kedai melayu selang dua buah kedai dari hotel tu . ni je yang kita sempat snap . haha 

nasi lemak telur mata
 nasi lemak telur mata

dan lepas siap makan kemas semua , checkout dalam 9pagi . terus  p airport klia 2 sebab flight akak yaya tu arrived dalam 10 suku daripada beijing . 

jarak dari hotel ke airport KLIA 2 dan KLIA 1 tak jauh : hanya 16 minit / 17 minit .

memang sangat dekat :D

KLIA 2
ni pun ambil dekat ig akak yaya sorg lagi tu . hehe  . ni je yg sempat snap .

memang nak kejar masa . sebab pergi tu mintak kawan ayah bawakkan sebab ayah tak boleh bawak kereta jauh2 .sampai2 je kakak yaya . kami p lunch dekat nilai nuu ikot abg lang yaya . habis lunch terus gerak balik . alhamdulilah selamat sampai ke rumah :)


anyone yang nak stay dekat cityview hotel , ni maklumat yg yaya blh share :

Website : http://www.cityviewhotel.com.my/ ( ada dua branch , satu dekat bandar sunway dan dekat sepang)
Jarak ke KLIA 1 dan 2 : 16 /17 minit
Wifi : Ada 
Kedai : Ada kedai mamak sebelah hotel dan selang 2buah dari hotel ada kedai melayu
Sepang Branch : Standard Room Deluxe Room Twin Room Family Room Premium Room Backpacker Room



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6690
IKLAN MAXIS

12 March 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih .



Assalamualaikum

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



07 March 2015

Top 10 February 2015


assalamualaikum


terima kasih pada semua kesayangan yang setiaaaaaaaaaaaaaaa ! 

nak terjah depa semua ni , korang pergi dekat bloglist THE 1 , semua ada link depa . 

depa semua ni terkenal taw tak ! tak kenal sajaa lah . hehe

kecuali "lieya yaya" tu lahh . haha 

again nama sendiri masuk lagi . dah try ubah coding dia haritu . tang mana lepas pandang tak taw lah .

kalau ada abang2, akak2 , adik2 blogger yang nak tolong yaya untuk ubah coding top komentator tu , pm yaya dekat fb yaya ye :)




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6574

06 March 2015

Berjalan !


assalamuaalaikum 

selamat pagi :)

weh weh weh . untuk beberapa hari sebelum dan akan datang , yaya akan bermalasan nak update blog . hehe . dan quota internet pun semakin menyedihkan T.T

esok nak siap siap beg untuk 2 hari 1 malam nak ke sepang . nak tidur kat sana . sebab isnin nak pergi ambil akak balik dari beijing . 



so , dapat la berjalan pergi tengok KLIA 2 tu . hehe 

by the way , yaya banyak berhutang entry entry baru nak di share kan . banyak dah draft . tapi satu pun yaya bermalasan nak publish . padahal click je . hahaha

inshaAllah , nanti yaya publishkan :)

mana mana yang nak ajak yaya join GA/segmen . tinggalkan link GA/segmen dekat ruang komen atau chatbox . inshaAllah , sempat yaya join . kalau terlepas pandang , maaf ye :)



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6574
 



02 March 2015

Mini Giveaway by Hani Rahman


assalamualaikum

http://jombercontest.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-by-hani-rahman.html
KLIK BANNER 




TAMAT : 8 MAC 2015





TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6574

Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha


Assalamualaikum
Salam sejahtera

Jom join segmen simple cikgu.
Tujuan adalah untuk mengeratkan silaturrahim..
15 blogger akan dimasukkan dalam bloglist cikgu sepanjang MAC dan APRIL
Jangan lepaskan peluang ye ;)

http://www.cikgufarha.com/2015/03/pencarian-bloglist-mac-april-cikgu-farha.html

Cara mudah je:-
1. Buat entry khas bertajuk "Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha"
2. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja
3. Copy coding yang disediakan.



SIAP!! Senang je kan?? Hee jom join...
Segmen akan berlangsung selama 5 hari bermula 2 Mac - 7 Mac.
Pencarian secara Random menggunakan khidmat robot Random.com

"Salam Ukhuwah. Jom Terjah"



TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6574

MAC GIVEAWAY by Ummialyaanas


assalamualaikum

http://ummialyaanas.blogspot.com/2015/02/mac-giveaway-by-ummialyanas.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN




TAMAT :  27/3/2015




TABUNG SEN YAYA

http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6444

01 March 2015

Lunch : Ayam percik (Resipi)


assalamualaikum


tadaaaaaa ~ ayam percik versi yaya . mak tukang pantau dan rasa anak dara dia ni memasak .

sekali pandang macam rendang . actually bukan rendang , ni ayam percik . dap dap dap ~ sendiri masak sendiri puji lah . haha

Bahan Bahan :
- ayam
- bawang merah dan bawang putih
- halia
- serai 
- garam dan gula
- tiram 
- santan
- cili masak atau orang panggil cili giling tu .
- air  
- minyak masak 

Cara Cara :

1. Gaul ayam dengan kunyit sikit . dah gaul , panggangkan sampai masak . bila dah masak angkat letak dalam pinggan . 

Cara Cara buat Kuah ayam percik :

1. Tumbuk dalam lesung batu segala bawang merah , putih , halia dan serai . Tumiskan semua bahan ni sampai naik bau bau nya ,
2. Masukkan santan dan air . ( terpulang pada korang nak masuk santan banyak mana , kalau santan cair tak payah masuk air dah , faham dok?! ) 
3. Lepas tu masuk laa segala garam , gula , tiram dan cili masak tu secukup rasa .
4. Bagi masak sampai dah didih . lepas tu korang rasa laa sesedap rasa ke tidak
5 . Dah sesedap rasa , tabur kuah tu atas ayam tadi . Hias hias la ikut kreativiti korang . 

Siap !

Wehhh kalau korang masak tak jadi ,. jangan salah kan yaya ! HAHAH 




TABUNG SEN YAYA
http://KamaliyaIsmail.sharethisstory.net/my-883438-6444