27 July 2014

Syawal :')


assalamualaikum :)

sumber gambar : google 

Ramadhan akan berakhir , malam semalam hari terakhir teraweh , malam ni akan bergema takbir raya , Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun tahun berikutnya :') Aamin .

Di kesempatan ini , yaya nak wish awal awal ucapan hari raya , sebab taw dah yaya hari raya je , susah nak bukak laptop , nak update semuaa tak sempat , hehe .

 Jadi , Selamat Hari Raya Aidilfitri , maafkan segala silap dan salah yaya sepanjang entry yaya , dan segalanya lah ye . kosong kosong :) Semoga Aidilfitri kali ini bermakna buat semua umat islam . Aamin .

#PrayForGaza #PrayForAllMuslim 

Assalamualaikum semua , kita jumpa beberapa hari yg akan datang . hehe .

25 July 2014

Mak Buat Maruku :D


assalamualaikum :)


alhamdulilah , dah siap maruku semalam ! korang dah mula buat kuih apa ? ce cerita sikit :D  

#takkuasanaktaippanjang2 . hihi

23 July 2014

Mati Itu Pasti


assalamualaikum . 

malam ni kita hayati lirik lagu Bila Tiba - Ungu :')


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

selamat malam readers :) 

20 July 2014

Jauh di Perantauan .


assalamualaikum :)

Syawal makin hampir , salah seorang daripada adik beradik yaya iaitu kakak yaya atau lebih manja lagi yaya panggil dia "kak adik" akan beraya di perantauan :') Selalu nya tiap tiap tahun kakak kakak yaya akan ada , tapi syawal kali ni kak adik yaya beraya jauh daripada family :')

 ni lah kak adik yaya yang sekarang ni ada dekat UK tengah sambung study master . Course kaji cuaca . sedih laa pulak one of my siblings far away from family .


ni ucapan yang kak adik yaya send dekat harakah daily bahagian "salam idulfitri 2014" . pesanan untuk kak adik , kalau hang tengok blog aku laa
"jaga diri kat sana , cepat balik bawak cenderahati dari sana , haha . dan graduate dengan jayanya ! May Allah protect my sister there . Selamat berpuasa dan selamat hari raya , maafkan aku a.k.a mizuki :D , hah ! nanti raya aku suruh abg cik buat video call dengan hang ! jangan nangis pulak . hehe . Your family and siblings now miss you " 
 cehh wahh . hehe :*

#jauhdiperantauan

19 July 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


assalamualaikum :)

jom join segmen kak mia liana :)

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

18 July 2014

Tragedi MH17 #Al-Fatihah&Takziah


assalamualaikum ..

semua sudah sedia maklum atas kejadian pesawat MAS MH17 terhempas dan ditembak di ukraine . Allah , terkejut sangat bangun bangun pagi tadi dengar berita ni . Sekali lagi Allah menguji kita semua dengan kejadian MH17 selepas kehilangan MH370 bulan Mac yang lalu . Ujian dan teguran Allah kepada kita di bulan Ramadhan . Al Fatihah dan Takziah ..


senarai penumpang dan krew MAS 




#Al-Fatihah dan Takziah ..



15 July 2014

Blouse Raya


assalamualaikum :)


Tadaaaaa ! Blouse Raya yaya . Tahun ni yaya tak pilih baju kurung sebab dah banyak baju kurung , So , yaya akan match kan blouse ni pakai dengan skirt labuh waktu hari raya nanti :) Dua pasang sekali yaya beli kan ? Sebab harga berpatutan , material blouse tu pun sangat lembut , . actually , along yaya yang belanja , yaya satu sen pun tak keluar duit . hehe , orang dah belanja yaya ON je :D 

Baju ni yaya beli dekat First Lady . First Lady satu2 nya butik yang sediakan baju baju kurung , jubah dan blouse yang murah . tak ada harga sampai RM 100 ke atas . Blouse yaya ni pun dalam RM 28 something macam tu lah . Apa yang yaya suka baju baju dekat First Lady ni , baju baju dia more to muslimah . Fashion baju dia tak laa keterlaluan. Tapi kena pandai pilih jenis kain , yaya tak berapa suka dengan kain yang boleh melekat kat badan dan yang terlalu overdose manik , overdose colour yg melampau . hehe , tak selesa untuk yaya :D ..

perasan tak sekarang ni baju kurung moden laa ni dah boleh sama taraf macam baju tunang dan baju pengantin Tak payah susah2 nak tempah baju tunang or pengantin . kan ? hehe .

baju raya korang macam mana ?

14 July 2014

FIFA 2014 : German Winner

assalamualaikum :)

walaupun yaya tak berapa sangat minat dengan bola . tapi untuk final yaya memang sokong germany ! bukak2 phone je , tengok we chat segala insta semua , semua update German was the winner for 2014 FIFA world cup :) Congratulations ! tak payah yaya susah susah nak bangun pepagi tengok perlawanan . hehehe . tengok je laman sosial . ramai yg jadi pengulas nya . hehe :D

Congratulationgs Germany ! The Winner Of 2014 FIFA WORLD CUP :)

#PrayForGaza #PrayForPalestine #SaveGaza

11 July 2014

#PrayForGaza #PrayForPalestine


assalamualaikum :)

Israel Durjana . Kejam . Ya Allah , please protect Palestine from the zionist israel .
and yaa when i look at twitter , why must include #PrayForIsrael ? No need to pray for them !


Lets changed our facebook or twitter cover photo with this picture , #PrayForGaza . Syurga menanti mereka semua . Neraka untuk Israel . Allahuakbar ! May Allah save them ! Aamin :)

09 July 2014

Segmen Blogwalking "Pink Lady"


assalamualaikum :)

jom support dan join segmen ni daripada blog Mind Meld



PINK ? secara azalinya , sejak kecik memang tak suka warna pink . tapi tak laa sebenci benci benci nya colour pink ni , cuma tak suka colour pink yang pekat melampau lampau . suka pink yang lembut lembut yang pudar sikit . Eh ! tipu laaaa . kalau tak ada barang yaya colour pink , stocking yaya colour pink siap belang belang putih lagi . COMEL . hehe . and yaa . yaya sukaa kata orang yang minat pink ni gegurl gitu . hehe . Last but not least , jangan pamerkan pink yang pekat melampau depan mata yaya . sah yaya dok mengata ngata je . haha :P

Jom Guys Join Segmen ni , Tamat 20 Julai 2014 :)

06 July 2014

Kamera Tersembunyi


assalamualaikum :)

kat mana kamera tersembunyi ? where ? macam mana nak tahu ada kamera tersembunyi ? macam mana ?
ada yang dah tahu dan ada yang tidak tahu . yaya share untuk semua , terutamanya wanita :) 

antaranya melalui cermin dua hala :

 
Letakkan hujumg kuku korang di permukaan reflektif dan jika ada ruang di antara hujung kuku korang dengan imej kuku , maka ia ada lah cermin tulen . Ingat Ye ! kalau ada ruang antara hujung kuku dan imej kuku itu adalah cermin biasa ! Yaya dah try buat dah dekat fitting room sebuah kedai baju hari tu . hehe . nasib cermin tulen .


 ( Cermin dua hala ) 
Jika Hujung kuku korang menyentuh atau bertembung dengan imej hujung kuku korang bermakna ia adalah cermin yang mungkin ada kamera tersembunyi atau sesorang yang sedang melihat korang . Thats mean ia bukan cermin tulen . ia adalah cermin dua hala . jadi waspada okay .

Cuba laa try buat macam ni . testing dekat cermin rumah korang , lepas tu boleh try buat dekat cermin toilet awam ke , fitting room ke atau hotel ke . tapi selalunya orang kata hotel laa paling bahaya, sebab laa ni hotel pun ada kamera tersembunyi di sebalik tempat yang kita tak tahu . Allah , mintak Allah lindung kita daripada tu semuaa . bahaya bagi wanita kalau ada kamera2 tersembunyi ni . 

01 July 2014

Permohonan UiTM Sesi 2 (2014/2015)


assalamualaikum :)


yaya nak kongsikan dengan semua , yang mana adik adik lepasan spm tahun lepas  yang tak dapat sesi kemasukan UiTM yang pertama, ni dia untuk korang semua Permohonan Diploma/Pra Diploma/Asasi Sesi UiTM Sesi 2 (second intake) .Yang bukan lepasan spm tahun lepas pun boleh mohon juga , yang mana antara korang yang sekarang ni dah masuk matrik atau mana mana universiti , pun boleh mohon juga .

korang semua boleh rujuk iklan UiTM dekat sini Iklan Sesi 2 UiTM (second intake) . Tarikh permohonan bermula daripada 30 Jun 2014 hingga 18 Ogos 2014 . Keputusan permohonan sesi kedua ni tak silap yaya bulan september / oktober . Korang kena rujuk sentiasa laman web UiTM yang yaya dah link kan .

Untuk Diploma/Pra Diploma/Asasi = Beli no pin di BSN (RM 10.00) . Selebinya sila rujuk pada laman web yang telah yaya berikan di atas ,

Senarai Program Diploma dan asasi  = http://online.uitm.edu.my/diploma.cfm

Semoga berjaya kepada yang memohon sesi kedua UiTM ni :)