28 June 2014

Ramadhan :)



Assalamualaikum :)


Alhamdulilah . Syukur pada Allah kita semua masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan dan berpuasa pada tahun ini :’) esok bermula lah 1 Ramadhan ..

Jangan lupa Terawih , pergi bazar ramadhan tu kawal nafsu makan tu taw , jangan membazir , didoakan agar kita semua kuat , tabah , sabar dan diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan ini dan bulan bulan yang seterusnya .. Aamin .

Kesempatan ini , yaya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam :) maafkan yaya atas salah dan silap yaya secara sedar atau tidak sedar :)

Ramadhan :)

25 June 2014

Pernah lakukan ?

assalamualaikum :)


1. Yaya tak ingat sama ada pernah ke tak yaya dulu masa kecik tiru gaya makan macam kucing . hehe

2. Berjalan elak garis lantai tu selalu buat , sampai laa ni sukaa dok buat macam tu . lantai rumah pun jenis lantai yang petak petak . hehe 

3. Tutup peti ais slow slow sebab nak tengok lampu dalam tu terpadam , ni yaya suka dok buat masa kecik kecik dulu . hahaha ,

4. Sampai laa ni kalau nampak butang lif , berebut nak tekan . haha . rasanyaa laa . sebab yaya jarang jumpa lif . rumah mana ada lif . hotel, mall baru jumpa lif . hahaha :P

5. Kalau ada pen jenis macam macam kaler tu , memang selalu dok buat jugak tekan sekali gus . macam boleh keluaq semua mata pen tu dalam satu lubang pen dia . hahaha . saja suka dok main macam tu . haha 

6. Makan batter atau adunan yang separuh siap , tu selalu laa buat . kena laa rasa kan .

7. Konon nak jadi superwoman / man, ikat towel kat belakang . haha . tak pernah buat :D

8. Haha . seronok kan cakap depan kipas . Suara jadi aaaaaa . aaaaaa . aaaaaa . alallala robot . aaa .aaa . haha 

9. Rasanya tak pernah buat macam ni . tak ingat dah . 

10. Haha . sampai ke sekolah menengah yaya suka dok susun susun kerusi . lepas tu nak duduk atas tu tinggi2 . seronok ape .. haha .

bila dah meningkat dewasa takkan buat dah benda ni semua. kan , selalu buat benda ni semua masa kita kecik kecik , masa tengah remaja . hehehe . #throwback #duludulu 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 jangan lupa mention yaya kalau click iklan yaya ye . nanti yaya balas balik :)


23 June 2014

The Day : Interview Majlis Perbandaran Manjung

assalamualaikum :)


alhamdulilah . hari ni yaya selesai interview pembantu tadbir lepasan spm , majlis perbandaran manjung (MPM) . ni entry yang lepas masa yaya dapat panggilan interview tu second interview. lebih kurang 100 lebih juga yang datang interview tu . masa yaya sampai je, tengok dekat papan kenyataan depan bilik interview tu , diorang dah bahagi kan kepada 5 group . So , yaya dapat group yang ke 5 iaitu group F . dan dalam group tu yaya orang ketiga . yay ! happy sangat dan syukur sebab orang ketiga dalam group tu . tak payah nak tunggu lama2 . hihi . 

jadi dekat sini yaya nak share sikit lahh pengalaman yaya untuk second interview ni . tak lama pun sebenarnya interview dia . diorang bagi masa 10 minit untuk setiap seorang yang di interview .

masa yaya interview tu, penemuduga tu banyak tanya yaya berdasarkan sijil sijil yaya , dia tanya yaya banyak masuk aktiviti apa dekat sekolah , tengok jawatan yaya masa dekat sekolah , tanya yaya ada pengalaman kerja atau tak , tanya yaya sama ada pernah datang interview yang lain atau tak , tanya kemahiran kita , tanya fungsi jawatan pembantu tadbir tu , tanya pasal ahli tertinggi dalam MPM tu dan lain lain lagi lah .dan diorang tak tanya pasal isu semasa pun dekat yaya . depends on penemuduga jugak .tapi alhamdulilah semua yaya dapat jawab :)

cuma sesiapa yang dapat interview majlis perbandaran atau daerah ke , yaya sarankan korang bagi fokus pada fungsi2 jawatan yang korang ambil dan ahli tertinggi dalam majlis tu . digalakkan juga baca je isu semasa


dan ... diorang yang yaya berkenalan dekat situ semua kata macam ni dekat yaya dan penemuduga tu pun kata " baru 19 tahun " ? mudanya , hehe . tak salah nak mintak kerja di usia yang muda asalkan ada minat dan semangat . niat yaya nak cari pengalaman dan belajar ilmu yang baru :) tawakal to Allah , harap ada rezeki dapat kerja ni , inshaAllah :) aamin :)

18 June 2014

CPUV ke 7 : BULGOGI

assalamualaikum :)


alhamdulilah . hari ni check check nuffnag ada lagi cpuv yang sedang on going . Nampak tak Bulgogi Brothers Korean tu , yang tu laa yang baru je on going dekat nuffnag yaya . Petronas Primax 95 tu pun masih lagi on going . Harap , korang semua dapat laa sumbangkan click korang dekat tabung yaya :)


tu lah dia iklan bulgogi tu . tak silap yaya bulgogi tu makanan korean . yaya siap google lagi bulgogi tu . hehe . thanks nuffnag beri kepercayaan pada blog yaya untuk promoted campaign ni . this is my second time cpuv tengah on going . hehe .

#korang mention yaya ye kalau korang click iklan ni semua . supaya nanti yaya balas balik click iklan korang :)
#doakan yaya untuk temuduga kerani ni Second interview  :)

love you :*

17 June 2014

second interview

assalamualaikum :)


alhamdulilah . 13/6 haritu yaya dapat surat panggilan interview ni . ni second interview yaya . first interview dulu waktu bulan 2 tahun ni , ( temuduga terbuka pos laju ,kerani ) . yaya interview kali ni jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dekat majlis perbandaran manjung , perak pada 23 jun 2014  . yay ! happy dan alhamdulilah syukur pada Allah , bukan senang umur muda macam yaya nak dapat panggilan interview macam ni , tambah2 kelayakan yaya hanya spm .  . . rezeki Allah bagi :) happy sangat :) . MPM ni 15-20 min je dari rumah yaya . memang tak jauh .

inshaAllah , kalau dapat kerja ni ,yaya buat elok elok . bukan senang laa ni nak dapat kerja . yaya pun nak cari pengalaman . bila banyak pengalaman dan pengetahuan lagi mudah kita nak capai impian kita :) doakan yaya tak gugup masa interview ni , hihi , doakan yaya dapat buat sehabis baik dan tenang :) harap penemuduga dia sempoi macam yaya interview pos laju dulu . hehe ,

#PrayForYayaInterview :')

13 June 2014

CPUV ke 6 dan FiFa

assalamualaikum  :)


laaa . awat laa yaya baru perasan cpuv ni . dah lama tak bukak nuffnag . hehe . ni first time yaya bukak cpuv yaya tengah on going , kalau tak asal buka je dah credited . hehe . cpuv ni dah start dari 9 Jun 2014 . , so hampa semua , mai naa click dua2 tabung cheq :D

hampa semua nanti jangan nak bola saja ! dah laa fifa ni sampai bulan puasa , jangan lupa amal ibadat hampa , bola bola jugak , amal ibadat jangan lupa naa :) yaya tak tengok pun bolaa pagi tadi , yaya lena habis . hehehe . yaya tak taw nak sokong sapa , yang mana menang yaya sokong . hehe . Tahniah Brazil menang pagi tadi :D semua laman sosial penuh update bola , bola bola dan bola . :D

jangan lupa click click tabung yaya :* sayang hampaaaa :*


06 June 2014

She is Felixia Yeap

assalamualaikum :)

rasanya korang dah tahu kan siapa wanita yang manis bertudung ni :)  








sumber gambar : google dan instagram felixiayeapofficial

cantik kan felixia yeap bertudung :) manis je . rasanya tak perlulah kita cerita kisah lama dia dan tak perlu rasanya untuk kita pamerkan gambar dia yang dahulu tu .. cukup sekadar kita tahu yang felixia yeap dah berubah dan berhijrah . inshaAllah , felixia yeap akan memeluk islam awal ramadhan nanti . sama sama kita doakan dan bagi semangat kepada felixia yeap .. keep it up dear felixia yeap :) terus ke hadapan , pedulikan kutukan orang sekeliling :) "semua manusia ada hak ada peluang untuk berubah dan berhijrah" ..

01 June 2014

Berjimat

assalamualaikum .

zaman sekarang ni kita kena pandai berjimat . betul tak ?! rasanya abang abang , kakak kakak , pak cik mak cik , ayah mak , pelajar pelajar dan sekian sekian lah mesti tahu kan zaman sekarang harga kadang2 melambung naik , dengan nak bayar hutang ptptn korang masa korang pinjam dulu la , nak bayar duit rumah sewa , bayar bil air elektrik lagi ,bayar ansuran kereta lagi , beli barang makan lagi , dengan korang nak shopping lagi , dan banyak lagi .


rasanya orang yang dah bekerja yang makan gaji cukup2 tu akan rasa nikmat susah nak belanja itu ini . kalau orang kaya atau orang yang berpangkat tinggi ,yang banyak harta  tu yaya tak rasa diorang rasa susah nak belanja itu ini kan ? kadang2 kita mana tahu kan , tengok daripada luar , tu diaaa rumah besaq gedabak bak hang tapi tuan rumah kat dalam mungkin ada masalah perbelanjaan ke kan .. kita mana tahu kan . kita ni cuma tahu judge orang daripada apa yang kita nampak . macam yaya . hehehe . bukan yaya je . korang pun sama kan ! hehe . tapi apa yang kita judge tu ada betulnya ada salahnya .



berbalik pada berjimat . yaya tak nak sentuh hal ni secara mendalam , rasanya cukup yaya sentuh hal ni sikit2 je kot . 2 .  , yaya fokus kan kepada pelajar , yaya dulu sempat laa belajar kan , bila dah masuk belajar , baru tahu duit keluar macam ayor .. nak beli buku , makan lagi .. kata parents yaya "biar kita belanja banyak pada ilmu kita (buku) dan makanan kita" .. kalau bab2 tu parents yaya tak bising yaya belanja duit banyak mana pun tapi masih kena bijak berjimat . yaya bab makan yaya tak pernah berkira, tak pernah ikat perut untuk makan sebab yaya tahu rezeki makan tu sentiasa ada . sepanjang yaya pernah belajar dulu , ada orang sanggup ikat perut tak makan apa semua demi nak beli baju atau barang kesukaan diorang ... mahal2 pulak tu . yaya nak pesan , korang jangan nak berlagak pakai duit ptptn tu berbelanja benda yang yaya rasa tak perlu mungkin . sebab nanti korang akan tahu dan rasa perit nya korang nak bayar balik hutang2 tu semuaa . yaya cakap ni berdasarkan pengalaman abang2 dan kakak2 yaya . diorang selalu pesan dekat yaya kena berjimat bila duduk jauh dari family ..

kalau yaya nak sentuh satu persatu kot panjang entry ni karang . hehehe . jadi , sekurang2nya cubala berjimat atau menabung .. orang yang dah bekerja dan orang yang dah bekeluarga , yang gaji tak setinggi orang yang berpangkat tinggi akan tahu akan rasa susahnya nak bayar itu ini , nak belanja itu ini , betul tak ?

dah bulan syaaban ni . bulan ramadhan menanti :)