18 February 2013

Sambut Valentine itu HARAM ! Take Note to all muslim :)

assalamualaikum :)

-18 Februari 2012 -



yaya here ! yaya nak share sikit tentang hari valentine (14 Feb setiap tahun) . maklumlah bulan dua ni kan memang orang akan sambut valentine termasuk lhaa sesetengah orang yang islam pada nama je . dan yaya sangat anti valentine . 
untuk pengetahuan sambut valentine itu HARAM .

ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : 

Soalan daripada hadirin :
Ustaz, terangkan mengapa berlakunya valentine? Ramai orang Islam menyambutnya sedangkan tarikh itu ialah  paderi kristian.
 Jawapan Ustaz Azhar Idrus :
 Valentine ini ialah hari upacara keagamaan krisitian. Hukumnya haram orang Islam menyambutnya, dan sambut sambil memuliakan hari valentine boleh menjadi kafir iaitu keluar daripada Islam. Hari ini ramai yang sibuk mengingati tarikh-tarikh seperti valentine ini daripada mengetahui tarikh-tarikh kuliah agama, tarikh ulama nak datang beri kuliah dan sebagainya.

Habis budak-budak IPT, budak-budak muda yang lalai meraikan hari valentine. Hukumnya haram. Nauzubillah.
Valentine ini, merupakan nama bagi iaitu Pedro St. Valentino. Beliau merupakan paderi yang haram bernikah di dalam agama kristian, tetapi dia bercinta dengan seorang kekasih yang bernama Isabella. Maka gereja-gereja seperti Eropah, Perancis, Sepanyol, United Kingdom, England membenarkan paderi tersebut berkahwin kerana beliau mempunyai jasa yang banyak iaitu berjaya memurtadkan satu juta orang Islam di Sepanyol untuk masuk ke dalam agama kristian.
Walaubagaimanapun, gereja di Rome, tidak bersetuju. Tetapi akhirnya Pedro St. Valentino bernikah Isabella walaupun dianggap berdosa tetapi kerana jasanya memurtadkan satu juta orang Islam, maka beliau dibenarkan bebruat demikian.
Beliau dinikahkan pada 14 Februari. Maka, kita diharamkan untuk merayakan hari tersebut. .. 
so , korang dah nampak kan valentine itu HARAM ! 
mari sama sama kita kongsikan fakta ni :)
untuk lebih lanjut . korang pergi ke you tube dan search ( ustaz azhar idrus - sambut hari valentine )